Friday, December 2, 2005

Aku terkenang

Suddently, aku teringat kat someone yang dah lama pergi tinggalkan aku sendiri. He's my late brother. Mohd Hadith yang aku panggil abang. Entahla... rasa rindu tu hadir sendiri.
Aku rindu akan laungan azan dia...
Aku rindu dengan alunan suara dia mengaji al quran...
Seriously, aku rindu bangat kat dia. Dialah yang banyak memimpin aku ke jalan yang diredhaiNya. Pelbagai ilmu yang aku perolehi dari dia. Dia umpama gudang ilmu buat aku. Dia jugala tempat aku mencurah segala rahsia dan masalah yang aku lalui.
Andai waktu bisa aku putar semula, ingin aku lalui detik seperti dulu berulang kali.
Namun, semalam tetap menjadi satu pengalaman buat aku.Abang adis, adik doakan kehidupan abang kat sana diredhai Allah dunia dan akhirat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home