Real life
Aku tertarik dengar lagu Jaclyn Victor pagi tadi. Tajuknya “wajah” video clipnya yang menarik dan lirik lagu yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. I really like that song, which is describing the sadness, the suffered situation that has been faces by the unfortunate person out there. Bila aku tontonn clipnya dan aku hayati liriknya, aku rasakan betapa bertuahnya hidup aku ni berbanding sesetengah insan yang ditakdirkan Allah hidupnya kurang sempurna.Melalui kehidupan yang perit,Mengerah keringat demi sesuap nasi agar mampu melalui kehidupan hari esok.Namun, aku yakin mereka pastinya pasrah dengan segala yang ditentukan Allah.Baru aku sedar kenapa harus aku menyesali dengan apay yang telah berlaku sedangkan mereka diluar sana masih tegar melalui hari-hari mendatang walaupun diuji dengan segala liku kehidupan yang memeritkan.Aku amat yakin sesungguhnya kita hanya mampu merancang dan mengatur kehidupan namun segala-galanya ditentukan Allah dan Sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik untuk kita kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home