Friday, July 1, 2005

Initial D

Hari ni last day praktikal. Pergh!!! Seronok, akhirnya 3 bulan yang penuh dengan tut... tut... dah berakhir. Alhamdulillah. Erm... Aku rasa teruja sangat dan sempena aku dah last day, aku plan dengan Sahlina, Kak Midah dengan Kak Lina untuk ke KLCC tengok Initial D. Sampai kat KLCC pukul 630pm lepas ambil Kak Lina kat Chipac,Keramat.
Initial D.
Best gak citer dia semua elemen ada; Relaks, Akumi memang keperibadian dia relaks jerk dalam citer tu. Even waktu dia drive kereta n68 pun selamber jerk muka dia. Humor, bila ayah Akumi yang memang muka dah slumber dan lawak tak ingat bila dia tido dia boleh tak ingat apa-apa hinggakan bila Akumi seret dia kat tangga, campak atas lantai. Thrill, scene waktu akumi race kereta dengan racer2 lain.Memang thrill giler. Romanance, waktu akumi dating dengan Umitsu kat tepi pantai dan waktu Akumi hantar Umitsu balik umah, siap kiss tu. Sadis, bila Akumi dikecewakan dek Umitsu sampai leleh beb. Hahahah...

Konklusinya, cite ni best rr, tak bazir duit pi tengok. Sesuai arr dengan jiwa youth sekarang yang suka benda yang adventurous.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home