Blessing Friday 2: Cinta Allah, Cinta Hakiki
Ayat ini menunjukkan barangsiapa mempertuhankan selain Allah dgn mencintainya seperti mencintai Allah maka dia adalah musyrik.
"Katakanlah: "Jika bapa², anak², saudara², isteri², kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah² tempat tinggal yang kamu sukai ; itu lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah m'datangkan keputusan-Nya." (At-Taubah: 24)
Ayat ini menunjukkan bahawa cinta kepada Allah dan cinta kepada yang dicintai Allah wajib didahulukan di atas segala-galanya.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga perkara, barangsiapa terdapat dalam dirinya ketiga-tiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain ; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah ; dan benci kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya sebagaimana dia enggan dicampakkan ke dalam api."
Wajib mencintai Rasulullah SAW lebih daripada kecintaan terhadap diri sendiri, keluarga dan harta benda. Bahawa iman ada rasa manisnya, kadangkala dapat diperoleh seseorang dan kadangkala tidak.
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Ibnu 'Abbas RA, bahawa ia berkata: "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah hanyalah boleh diperoleh dengan hal tersebut. Dan seorang hamba tidak akan menemukan rasa nikmatnya iman, sekalipun banyak solat dan puasanya, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan di antara manusia pada umumnya didasari atas kepentingan dunia, namun hal itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."
Disebutkan empat sikap yang merupakan syarat mutlak untuk memperoleh kewalian dari Allah, dan seseorang tidak akan menemukan rasa nikmatnya iman kecuali dengan keempat sikap itu.
Pemahaman Ibn 'Abbas terhadap realiti, bahawa hubungan persahabatan pada umumnya didasarkan atas kepentingan duniawi.
Disebutkan bahawa di antara orang² musyrik ada yang mencintai Allah dengan kecintaan yang mendalam. Memuja selain Allah dengan mencintainya sebagaimana mencintai Allah, itulah syirik akbar.
Allahu Ta'ala a'lam...
Source: Ukhwah.com